Epp-Da 2011

Pertandingan Powerpoint epp-DA yang dianjurkan oleh Unit Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan diadakan pada 23 April di Dewan Bestari Bukit Baru.
Seramai 3 orang pelajar dari 4TV1 akan mewakili SMKTPM ke pertandingan tersebut. Selamat berjaya.

Bengkel Blog

Bengkel Blog telah berjaya dilaksanakan pada 14 april 2011 di Makmal Komputer. Lokasi ini terpaksa diubah dari Pusat Akses disebabkan masalah bridge yang tidak berfungsi untuk capaian internet secara terus. Bengkel Blog ini melibatkan guru-guru dalam panitia ICT dan juga Pn. Noor Afiza Selaku kaunselor, En Muhammad Hidayat sebagai juru foto dan En Nazarudin sebagai juru foto.




Bulan Teknik dan Vokasional

Julai 2010 - Bulan Teknik dan Vokasional telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka, DAtin Hjh Norliah Adam dan pelbagai aktiviti dirancang sepanjang bulan ini. Antaranya e-kuiz diadakan di pusat akses, pertandingan powerpoint dan pendedahan kepada membinaan blog.

Bermulanya bulan April, akan bermulanya pertandingan EPPda. E Pertandingan Pencegahan Dadah. Pertandingan ini terbuka untuk semua pelajar SMKTPM

Maklumat Pusat Akses SMKTPM

Pusat Akses SMKTPM ditubuhkan pada tahun 2008. Disumbangkan dengan 10 buah komputer dan 1 pencetak. Kini Pusat Akses SMKTPM aktif digunakan pelajar selepas waktu persekolahan.